Sharifah Sakinah Sah Isteri Kepada aliff Adha
#Walaupun hujan renyai-renyai, tetapi majlis pernikahan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha berlangsung dengan meriah sekali. Bertempat di Hotel Shangri-La, Putrajaya, dengan sekali lafaz, Sakinah sah menjadi milik Aliff. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Sakinah iaitu Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari pada petang Sabtu yang lalu.
#Sakinah telah menerima tujuh dulang hantaran unik daripada pihak lelaki iaitu kesemuanya adalah tujuh pasang kasut Adidas dengan rekaan yang berbeza. Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskah Al–Quran, tali pinggang, seutas jam dan sepasang kasut bola. Bagaimanapun, jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.
#Bagi kedua-dua majlis iaitu akad nikah dan resepsi, Sakinah memperagakan persalinan daripada Nurita Harith. Manakala Sakinah cantik ditatarias oleh Tiar Zainal. Majlis perkahwinan Sakinah ini nampak simple tetapi sebenarnya dalam simple itu terserlah kemeriahannya. Kehadiran bridesmaids yang cantik-cantik memang awesome! Mereka terdiri daripada rakan-rakan artis Sakinah iaitu, Siti Saleha, Nad Zainal, Jihan Muse, Sherry Alhadad, Elifra Loy, Anzalna Nasir, Nabila Huda dan Tasha Shilla.
#Turut kelihatan pengarah Michael Ang, Sharifah Amani, Azza Elite, Erin Malek, Ozlyn, Sharifah Sahora, kumpulan Zero, Marsha dan ramai lagi yang turut memeriahkan majlis serta tidak dilupakan keluarga tercinta kedua-dua belah pihak.
#Selamat pengantin baru buat Sakinah dan suami dari kami! Semoga bahagia sehingga keanak cucu.
0 Response to "Sharifah Sakinah Sah Isteri Kepada aliff Adha"
Post a Comment